Tuesday, September 29, 2009

PANTUN TINGKATAN 4

Maksud Setiap Rangkap pantun kiasan
• Sesuatu benda yang telah rosak atau buruk tidak harus dibuang begitu saja kerana kemungkinan benda itu masih bleh digunakan untuk keperluan lain.
• Orang dagang bersikap amat merendah diri sehingga mengakui kehadirannya tidak berguna atau tidak memberi faedah.
• Seseorang lelaki ingin mendapatkan seseorang gadis sebagai kekasih atau isteri tetapi gadis idamannya itu sukar diperoleh kerana terlalu banyak halangan atau darjatnya terlalu tinggi.
• Seseorang tidak harus beranggapan bahawa sesuatu yang belum pasti itu akan berjaya dimiliki kerana kemungkinan akan berlaku sesuatu peristiwa yang menyebabkan harapannya tidak kesampaian.
• Seseorang yang memiliki kekuatan atau kemampuan untuk menyelesaikan masalah yang besar tentu saja tidak menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan masalah yang kecil.
Persoalan
• Barang-barang yang sudah lama atau yang sudah rosak sebenarnya masih boleh digunakan untuk sesuatu tujuan lain.
• Orang dagang sentiasa bersikap merendah diri di perantauan supaya tidak dianggap berlagak pandai atau angkuh.
• Sesuatu yang berharga atau cita-cita yang tinggi memang sukar dicapai kerana banyak halangan.
• Sikap suka menganggap sesuatu yang belum pasti itu sudah menjadi hak milik kita boleh mendatangkan kekecewaan.
• Setiap orang mempunyai kebolehan untuk menyelesaikan sesuatu masalah, baik masalah yang kecil mahpun masalah yang besar.

Bentuk
• Pantun ini terdiri daripada lima rangkap

• Bilangan baris dalam rangkap sama, iaitu empat baris serangkap.

• Ada pembayang dan maksud.

• Bilangan katanya tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata
sebaris.

• Bilangan suku katanya tidak sama, iaitu antara sembilan hingga sebelas
suku kata sebaris.
• Rima akhirnya abab

• Bentuknya terikat dan tidak bebas


Gaya Bahasa dan Keindahan

• Pemilihan kata yang indah, contohnya Kumbang mengidam nak
seri bunga.

• Bahasa kiasan, contohnya Bunga kembang di puncak gunung.

• Pengulangan kata, contohnya Tebang gelam, tebang kenanga.

• Simile, contohnya Macam melukut di tepi gantang.

• Asonansi, contohnya Saya dagang tidak terpakai.

• Aliterasi, contohnya Tikar pucuk, tikar mengkuang


Nilai
• Merendah diri

• Bercita-cita tinggi

• Berani

• Yakin diri


Pengajaran

• Jangan membazir

• Jangan terlalu merendah diri

• Hendaklah gigih berusaha

• Janganlah terlalu mengharap

• Hendaklah yakin diri


Maksud Setiap Rangkap pantun mengenang nasib

• Masalah yang besar dapat diselesaikan berbeza dengan masalah hati dan perasaan; atau masalah luaran lebih mudah diselesaikan jika dibandingkan dengan kekecewaan atau sakit hati yang dialami.
• Kesenangan atau kebahagian yang diharapkan berkekalan sepanjang masa berakhir dengan kesusahan.
• Kecederaan di luar seperti luka di tangan memang dapat dilihat oleh orang lain tetapi kekecewaan atau kesedihan di dalam hati tidak diketahui sesiapa.
• Kita tidak boleh mengharapkan nasib yang baik saja sepanjang masa kerana nasib baik atau nasib buruk sudah menjadi adat dalam kehidupan dan terpaksa dihadapi oleh setiap orang.
Tema Dan Persoalan
• Perasaan sedih atau perasaan kecewa yang sukar diubati.
• Nasib baik tidak selalu menimpa kita kerana ia merupakan takdir tuhan.
• Perasaan kesedihan dan kekecewaan dapat menyembunyi daripada orang lain keran ia terpendam dalam hati seseorang dan sukar dilihat melalui luaran.

Bentuk
• Terdiri daripada 4 rangkap
• Bilangan baris adalah sama iaitu 4 baris serangkap
• Rima akhir ialah a,b,a,b
• Bilangan kata pada setiap baris hampir sama iaitu 4 hinggan 5 patah perkataan sebaris.
• Bilangan suku kata pada setiap baris juga hampir sama, iaitu 9 hingga 10 suku kata.

Gaya Bahasa/Unsur Keindahan
• Bahasa Kiasan
• Anafora = Kusangka nanas di tengah padang,
Kiranya pandan yang berduri;
Kusangka panas sampai ke petang,
Kiranya hujan di tengah hari.

• Asonansi = Buah berangan masaknya merah,

• Aliterasi = Untung nasib permainan badan.
• Puitis

Nilai/Pengajaran
• Kesabaran dan Ketabahan
• Percaya pada qadak dan qadar
• Menjaga hati dan perasaan seseorang
• Menerima takdir tuhan
• Menyembunyikan kesusuhan atau perasaan susah hati

0 comments: