Wednesday, September 30, 2009

Pantun

Tuesday, September 29, 2009

PANTUN TINGKATAN 4

Maksud Setiap Rangkap pantun kiasan
• Sesuatu benda yang telah rosak atau buruk tidak harus dibuang begitu saja kerana kemungkinan benda itu masih bleh digunakan untuk keperluan lain.
• Orang dagang bersikap amat merendah diri sehingga mengakui kehadirannya tidak berguna atau tidak memberi faedah.
• Seseorang lelaki ingin mendapatkan seseorang gadis sebagai kekasih atau isteri tetapi gadis idamannya itu sukar diperoleh kerana terlalu banyak halangan atau darjatnya terlalu tinggi.
• Seseorang tidak harus beranggapan bahawa sesuatu yang belum pasti itu akan berjaya dimiliki kerana kemungkinan akan berlaku sesuatu peristiwa yang menyebabkan harapannya tidak kesampaian.
• Seseorang yang memiliki kekuatan atau kemampuan untuk menyelesaikan masalah yang besar tentu saja tidak menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan masalah yang kecil.
Persoalan
• Barang-barang yang sudah lama atau yang sudah rosak sebenarnya masih boleh digunakan untuk sesuatu tujuan lain.
• Orang dagang sentiasa bersikap merendah diri di perantauan supaya tidak dianggap berlagak pandai atau angkuh.
• Sesuatu yang berharga atau cita-cita yang tinggi memang sukar dicapai kerana banyak halangan.
• Sikap suka menganggap sesuatu yang belum pasti itu sudah menjadi hak milik kita boleh mendatangkan kekecewaan.
• Setiap orang mempunyai kebolehan untuk menyelesaikan sesuatu masalah, baik masalah yang kecil mahpun masalah yang besar.

Bentuk
• Pantun ini terdiri daripada lima rangkap

• Bilangan baris dalam rangkap sama, iaitu empat baris serangkap.

• Ada pembayang dan maksud.

• Bilangan katanya tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata
sebaris.

• Bilangan suku katanya tidak sama, iaitu antara sembilan hingga sebelas
suku kata sebaris.
• Rima akhirnya abab

• Bentuknya terikat dan tidak bebas


Gaya Bahasa dan Keindahan

• Pemilihan kata yang indah, contohnya Kumbang mengidam nak
seri bunga.

• Bahasa kiasan, contohnya Bunga kembang di puncak gunung.

• Pengulangan kata, contohnya Tebang gelam, tebang kenanga.

• Simile, contohnya Macam melukut di tepi gantang.

• Asonansi, contohnya Saya dagang tidak terpakai.

• Aliterasi, contohnya Tikar pucuk, tikar mengkuang


Nilai
• Merendah diri

• Bercita-cita tinggi

• Berani

• Yakin diri


Pengajaran

• Jangan membazir

• Jangan terlalu merendah diri

• Hendaklah gigih berusaha

• Janganlah terlalu mengharap

• Hendaklah yakin diri


Maksud Setiap Rangkap pantun mengenang nasib

• Masalah yang besar dapat diselesaikan berbeza dengan masalah hati dan perasaan; atau masalah luaran lebih mudah diselesaikan jika dibandingkan dengan kekecewaan atau sakit hati yang dialami.
• Kesenangan atau kebahagian yang diharapkan berkekalan sepanjang masa berakhir dengan kesusahan.
• Kecederaan di luar seperti luka di tangan memang dapat dilihat oleh orang lain tetapi kekecewaan atau kesedihan di dalam hati tidak diketahui sesiapa.
• Kita tidak boleh mengharapkan nasib yang baik saja sepanjang masa kerana nasib baik atau nasib buruk sudah menjadi adat dalam kehidupan dan terpaksa dihadapi oleh setiap orang.
Tema Dan Persoalan
• Perasaan sedih atau perasaan kecewa yang sukar diubati.
• Nasib baik tidak selalu menimpa kita kerana ia merupakan takdir tuhan.
• Perasaan kesedihan dan kekecewaan dapat menyembunyi daripada orang lain keran ia terpendam dalam hati seseorang dan sukar dilihat melalui luaran.

Bentuk
• Terdiri daripada 4 rangkap
• Bilangan baris adalah sama iaitu 4 baris serangkap
• Rima akhir ialah a,b,a,b
• Bilangan kata pada setiap baris hampir sama iaitu 4 hinggan 5 patah perkataan sebaris.
• Bilangan suku kata pada setiap baris juga hampir sama, iaitu 9 hingga 10 suku kata.

Gaya Bahasa/Unsur Keindahan
• Bahasa Kiasan
• Anafora = Kusangka nanas di tengah padang,
Kiranya pandan yang berduri;
Kusangka panas sampai ke petang,
Kiranya hujan di tengah hari.

• Asonansi = Buah berangan masaknya merah,

• Aliterasi = Untung nasib permainan badan.
• Puitis

Nilai/Pengajaran
• Kesabaran dan Ketabahan
• Percaya pada qadak dan qadar
• Menjaga hati dan perasaan seseorang
• Menerima takdir tuhan
• Menyembunyikan kesusuhan atau perasaan susah hati

puisi

PUISI

1. Puisi ialah karangan berangkap yang mengutarakan pemikiran dengan bahasa yang indah.
2. Penciptaan puisi terikat oleh unsur-unsur irama, rima, penyusunan baris, dan rangkap.
3. Puisi terbahagi kepada dua, iaitu :

(a) Puisi moden atau lebih dikenal sebagai sajak.
(b) Puisi tradisional yang merangkum pantun, syair, gurindam, seloka dan lain-lain.


Pantun

1. Pantun ialah sejenis bentuk puisi tradisional.

2. Pantun merupakan karya yang berangkap tetap. Maksudnya, saman ada dua, empat, enam, lapan, sepuluh, dua belas, atau empat belas baris dalam serangkap.

3. Pantun yang mempunyai dua baris serangkap dikenal sebagai pantun dua kerat, sementara yang mempunyai empat baris serangkap dikenal sebagai pantun empat kerat, dan begitulah seterusnya.

4. Pantun terdiri daripada dua bahagian, iaitu pembayang maksud atau sampiran dan isi.

5. Dalam pantun empat kerat, pembayang maksud ialah dua baris pertama dan isi pula dua baris yang berikutnya.
Lihat contoh yang berikut.

Kusangka nanas di tengah padang, [ a ]
Kiranya pandan yang berduri. [ b ]

Kusangka panas sampai ke petang, [ a ]
Kiranya hujan di tengah hari. [ b ]


6. Jumlah kata dalam setiap baris pantun ialah antara empat hingga lima patah kata sementara jumlah suku katanya pula antara lapan hingga dua belas suku kata bagi setiap baris.

7. Rima akhir pantun ialah abab, iaitu rima akhir pada baris pertama sama dengan rima akhir pada baris ketiga, sementara rima akhir baris kedua sama dengan rima akhir baris keempat.

8. Pantun menjadi alat pengucapan untuk mengungkapkan perasaan hiba, sedih, sayu, gembira, rindu dendam, dan sebagainya terhadap seseorang atau sesuatu perkara.

9. Oleh sebab itu, pantun dinamakan mengikut isi pantun berkenaan, misalnya pantun kanak-kanak, pantun orang muda, pantun orang tua, pantun budi, pantun kiasan, dan sebagainya. Pantun merupakan puisi tradisional yang paling popular di kalangan masyarakat Melayu sehingga hari ini.

10. Dua pantun yang perlu dikaji di peringkat Tingkatan Empat ialah:

(a) Pantun Mengenang Nasib
(b) Pantun Kiasan

Bentuk puisi
1. Bentuk puisi ialah susunan unit-unit berirama dalam sesuatu baris, sementara bentuk stanza dihubungkan pada susunan puisi itu sendiri.
2. Bagi mengkaji bentuk sesuatu puisi, kita perlu melihat perkara-perkara yang berikut:

♦ bilangan rangkap dalam puisi berkenaan;
♦ bilangan baris dalam setiap rangkap;
♦ bilangan kata dalam setiap baris;
♦ bilangan suku kata dalam setiap baris;
♦ rima akhir.

1. Pantun merupakan karya yang berangkap tetap, iaitu bilangan baris dalam setiap rangkap atau baitnya sudah ditetapkan, sama ada dua, empat, enam, lapan atau dua belas baris.

2. Pantun yang mempunyai dua baris serangkap dikenali sebagai pantun dua kerat, sementara yang mempunyai empat baris serangkap dikenal sebagai pantun empat kerat dan begitulah seterusnya.

3. Pantun terdiri daripada dua bahagian, iaitu pembayang maksud dan maksud.

4. Dalam pantun empat kerat, pembayang meksud dimuatkan pada dua baris pertama dan maksud pula diungkap pada dua baris yang berikutnya, seperti:

Buah berangan masaknya merah, [a] Pembayang
Kelekati dalam perahu, [b] maksud
Luka di tangan nampak berdarah, [a] Maksud atau
Luka di hati siapa tahu. [b] isi

Wednesday, September 2, 2009

Panduan menghadapi tekanan ikut Islam

Ramai orang mudah mengalami tertekan ialah orang yang takut kepada kegagalan atau masalah kerana takut tidak dapat mengatasi masalah dan bangun semula selepas gagal. Mereka menganggap rintangan dan tekanan hidup dianggap masalah yang tidak berkesudahan, menyebabkan semakin difikirkan bertambah kusut fikirannya. Bahkan, sekiranya tekanan dan masalah itu tidak ditangani dengan baik akan memberikan kesan lebih buruk.Tetapi orang cemerlang ialah orang yang berjaya menguruskan kehidupannya dengan baik, dapat mengatasi masalah dan menghadapi tekanan dengan tabah. Malah, bagi golongan ini kesilapan dijadikan iktibar, manakala kegagalan dipandang positif sebagai pendorong mencapai kejayaan.

Bagi orang Islam, sejauh mana seseorang itu mampu bertahan dengan tekanan, selagi itulah ganjaran pahala yang diperolehnya.Islam melihat punca tekanan lebih kepada kecelaruan dan kelemahan hati. Hati yang lemah menyebabkan hubungan dengan Allah menjadi rapuh. Seterusnya akan menjadikan hidup sempit kerana tidak menemui jalan keluar terhadap setiap masalah. Tetapi hati akan berasa bahagia apabila dekat dengan Allah. Sebaliknya hati akan sengsara apabila ia ingkar kepada hukum Allah dan lalai daripada mengingatinya.

Dalam menghadapi tekanan atau stres secara umumnya mengikut kaca mata Islam ada beberapa panduan, iaitu

1. Membaca al-Quran, di samping memahami maknanya. Al-Quran adalah rahmat untuk sekelian alam dan ia adalah cahaya, hidayah dan penyembuh bagi penyakit. Dengan memahami dan menghayati kandungan al-Quran seseorang dapat menenangkan hati, fikiran dan jasmani.

2. Banyak bertaubat dan istighfar. Bertafakur mengenang dosa, merenung mengenai diri terhadap segala nikmat yang Allah berikan kepada kita.

3. Mendekatkan diri kepada Allah, mematuhi segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Contohnya tidak meninggalkan solat wajib, malah turut melakukan solat sunat dan selalu mengingati Allah dalam setiap ketika.

3. Bersedekah. Harta menyebabkan jiwa tertekan dan memberi sedekah itu kerana Allah dapat memberikan ketenangan. Sedekah lebih bermakna ketika seseorang itu berasa sangat sayang (bakhil) terhadap hartanya. Orang yang bakhil sentiasa disempitkan hati dan akhlaknya oleh Allah kerna mereka berkira dengan kurniaan Allah.

4. Bijak mengurus. Seseorang itu harus bijak dalam menguruskan masa, tenaga, keutamaan dan aset yang ada. Bahkan Allah mengingatkan kita mengenai beban kerja dan tanggungjawab itu perlulah sepadan dengan kemampuan kita, Kita diajar supaya berdoa daripada kerja berlebihan yang tidak mampu ditanggung.

5. Bersangka baik kepada Allah. Kita hendaklah berbicara dan berkata dengan positif serta penuh pengharapan kepada Allah. Ini kerana setiap lafaz diucapkan itu adalah doa dan sangkaan kita kepada Allah.

6. Tawakal, iaitu berserah diri kepada Allah. Menyerah sesuatu perkara itu kepada Allah selepas berusaha sedaya upaya adalah sikap yang sangat baik. Seseorang itu harus menyedari Allah yang mengurniakan rezeki, kekuatan, keinginan dan badan yang sihat bagi hamba-Nya berusaha meneruskan hidup di dunia ini.

Rahsia Melalui Tulisan Dr Fadzilah Kamsah

Tips Kehidupan

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -

Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup…

"Renungkan bersama"

Semoga dapat mengubah diri kita menjadi lebih baik...

1- "Setiap hari kiralah dosa-dosa kamu, setidak-tidaknya mengingatinya, janganlah kenang kebaikan kamu, anggap sahajalah tidak ada kebaikan"


2- "Merintihlah dengan dosa, janganlah merintih dengan buta, menangislah dengan dosa, jangan menangis dengan orang menghina, sedihlah dengan dosa, janganlah sedih dengan orang kata."



3- "Kita hamba Allah ini kenalah menyesal selalu, lebih-lebih lagi di waktu bersalah, mengeluhlah selalu nasib kita belum tahu, merintihlah selalu terutama dengan dosa-dosa kita, mengakulah lemah di hadapan Tuhan sekalipun kita serba ada, menangislah selalu kerana kita tidak dapat elak dari dosa moga-moga dengan cara ini Allah rahmati kita."

4- "Jika kita mengingati dosa kita, tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan"

5- "Jika kita membuat dosa, tidak terasa dengan dosa, kita telah membuat dua kali dosa, satu kerana dosa yang dibuat, keduanya kerana tidak merasa berdosa."


6- "Rasakanlah diri kita sentiasa berdosa, sekalipun kita tidak nampak dosa kita, apatah lagi jika nampak, agar kita dapat mengekalkan sifat kehambaan yang kita ini memang hamba."




7- "Sebenarnya hukuman Allah kepada manusia di atas kesalahannya setiap hari berlaku. Cuma berat atau ringan dan bentuknya tidak sama di antara satu sama lain. Namun manusia tidak mahu juga dijadikan pengajaran. Justeru itu layaklah manusia ini dihukum sekali lagi di Akhirat kelak".




8- "Banyak orang mengambil berat tentang dosa-dosa lahir tetapi mengabaikan dosa-dosa batin."


9- "Banyakkan mengingat dosa-dosa kita daripada mengingat amal kebajikan kita, cara ini lebih menyelamatkan kita di Akhirat kelak."


10- "Orang yang halus perasaannya, orang lain yang bersalah dia yang rasa bersalah, orang lain yang buat dosa dia yang merasa berdosa, ada orang mati kelaparan, dia yang merasa bersalah. Betapalah kalau dia sendiri yang bersalah atau buat dosa, terseksa jiwanya sepanjang masa."


11- "Dosa walaupun kecil jangan diremeh-remehkan, dosa tetap dosa, dosa tetap dianggap derhaka, dosa sekalipun kecil kalau Allah tidak ampunkan tetap Neraka."



12- "Adakalanya orang yang menyalahkan orang yang membuat salah, dosanya lebih besar daripada orang yang membuat kesalahan, atau membuat dosa kalau dosa itu tersembunyi dibongkarnya, atau menuduh atau menghukum, terlebih atau keterlaluan daripada kesalahan yang dibuatnya."


13- "Dua orang atau lebih yang membuat satu dosa yang sama nilainya, setiap orang itu rasa berdosa tidak sama, mesti ada lebih, ada kurangnya mengikut ketaqwaan masing-masing, atau mengikutlah tingkatan iman masing-masing."


14- "Kalau orang telah mengabaikan dosa-dosa lahir, dosa-dosa batin lebih-lebih lagi terabai"


15- "Kalau seseorang itu tidak bimbang dengan dosa lebih-lebih lagi setelah terlibat dengan dosa tidak pun hati merintih dengan dosa itu ditakuti mati di dalam suul-khatimah."


16- "Hidup di dunia ini macam mimpi aja, kerana terlalu singkatnya dibandingkan hidup di Akhirat yang kekal abadi. Masanya tiada bertepi. Gambarkan kalau di Syurga alangkah indahnya, jika di Neraka alangkah parahnya."


17-"Tidak mesti benda yang besar itu bernilai atau yang paling bernilai. Di dunia ini benda yang paling bernilai dan mahal, ialah benda yang paling kecil iaitu intan dan mutiara. Begitulah amal ibadah di sisi Allah itu, Allah tidak mengukur tentang banyak atau dipandang besar, tapi amal ibadah yang paling ikhlas yang kita buat, sekalipun ibadah itu kecil sahaja pada pandangan mata manusia."


18-"Orang yang bergantung kepada amal ibadah, ibadahnya menghijab di antaranya dengan Allah."


19- "Anggaplah kita ini orang dagang di dunia ini, bahkan merasakan demikian setiap waktu, agar kita tidak terpaut dengan dunia, dan mendorong kita buat persiapan untuk balik ke Akhirat, dengan cara ini Insya-Allah kita akan selamat"


20- "Kalau seseorang itu dianggap bodoh kerana tidak membuat persiapan di hari tua yang masanya terlalu terbatas.Logiknya lebih bodoh lagilah orang yang tidak membuat persiapan di waktu selepas mati yang masanya tidak berkesudahan."

Hikmah bulan ramadan

Sikap berubah dalam Ramadan


PENGANUT-PENGANUT Islam bersahur di sebuah restoran di Islamabad, Pakistan semalam.

KARACHI - Bagi kebanyakan golongan muda di Pakistan, bermulanya puasa pada bulan Ramadan merupakan petanda berlakunya perubahan gaya hidup walaupun peralihan itu bersifat sementara

Pada bulan itu, golongan muda termasuk mereka yang berfahaman liberal dan berorientasikan Barat berusaha menebus dosa dan memperbaiki diri.

Rata-rata golongan itu didapati kurang keluar untuk menghadiri parti atau bersuka ria tetapi mereka melakukan banyak amal ibadat.

"Terdapat kelainan dalam Ramadan. Hati anda terdetik untuk melakukan lebih banyak solat dan mendekatkan diri kepada Allah di bulan mulia ini," kata seorang eksekutif telekomunikasi, Noman Sayeed.

"Saya mengurangkan aktiviti keseronokan termasuk menonton filem dan televisyen dan menggantikannya dengan bersolat serta membaca al-Quran selain memohon supaya Tuhan mengampun segala dosa saya sepanjang tahun ini," tambahnya.

Di Karachi, iaitu bandar terbesar di Pakistan, panggung-panggung wayang lenggang manakala aktiviti sosial selain majlis berbuka puasa amat kurang diadakan.

Seorang eksekutif sektor tenaga berusia 26 tahun, Amina Ansari berkata, dia dibesarkan dalam sebuah keluarga yang berpuasa dan kerap solat sunat setiap kali Ramadan tiba.

"Pada bulan ini, hubungan saya dengan Allah bertambah kuat dan peluang Tuhan mendengar luahan saya juga turut bertambah," katanya. - Reuters

kosmo, 2 september 2009...

renungkan bagaimana bulan ramadan boleh mengubah sikap dan perasaan seseorang untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya...