Sikap berubah dalam Ramadan

KARACHI - Bagi kebanyakan golongan muda di Pakistan, bermulanya puasa pada bulan Ramadan merupakan petanda berlakunya perubahan gaya hidup walaupun peralihan itu bersifat sementara
Pada bulan itu, golongan muda termasuk mereka yang berfahaman liberal dan berorientasikan Barat berusaha menebus dosa dan memperbaiki diri.
Rata-rata golongan itu didapati kurang keluar untuk menghadiri parti atau bersuka ria tetapi mereka melakukan banyak amal ibadat.
"Terdapat kelainan dalam Ramadan. Hati anda terdetik untuk melakukan lebih banyak solat dan mendekatkan diri kepada Allah di bulan mulia ini," kata seorang eksekutif telekomunikasi, Noman Sayeed.
"Saya mengurangkan aktiviti keseronokan termasuk menonton filem dan televisyen dan menggantikannya dengan bersolat serta membaca al-Quran selain memohon supaya Tuhan mengampun segala dosa saya sepanjang tahun ini," tambahnya.
Di Karachi, iaitu bandar terbesar di Pakistan, panggung-panggung wayang lenggang manakala aktiviti sosial selain majlis berbuka puasa amat kurang diadakan.
Seorang eksekutif sektor tenaga berusia 26 tahun, Amina Ansari berkata, dia dibesarkan dalam sebuah keluarga yang berpuasa dan kerap solat sunat setiap kali Ramadan tiba.
"Pada bulan ini, hubungan saya dengan Allah bertambah kuat dan peluang Tuhan mendengar luahan saya juga turut bertambah," katanya. - Reuters
kosmo, 2 september 2009...
renungkan bagaimana bulan ramadan boleh mengubah sikap dan perasaan seseorang untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya...
0 comments:
Post a Comment